Sunday, November 21, 2010

Cara-cara mengunakan VMware Workstation/Player

Penggunaan VMware ni memang tersangat popular sekarang. Amat menjimatkan masa dan kos bagi pelbagai tujuan seperti ujian keatas aplikasi yang sedang dibangunkan untuk OS environment yang tertentu.

Disini aku hanya menggunakan WMware Version 7. Kali ni nak tunjukkan demo bagi instalation windows xp ke dalam VMware.

1. Buka VMware Workstation. Sila pilih new virtual machine.

2. Akan keluar satu windows. Sila pilih Typical. Kemudian tekan next.

3. Sila masukkan cd kedalam cd-rom. Jika ada image cd dalam bentuk iso atau NRG, pun boleh dipilih dengan menggunakan installer disk image. Browse pada lokasi yang dikehendaki. Tekan next.

4. Masukkan cd key, username dan password yang dikehendaki. Klik next.


5. Namakan Virtual Machine. Sebagai contoh Windows Xp Professional. Sila pilih lokasi jika korang taknak install didalam drive C. Klik Next.


6. Pilih size disk untuk OS korang. Bagi xp, 5gb pun sudah memadai.




7. Klik custamize hardware untuk mengkofigurasikan sendiri sistem virtual korang.


8. Sebagai contoh, saye menukar nilai ram kepada 128mb. Ini kerana ram akan "ditarik" dari nilai ram didalam "host". Host adalah komputer fizikal yang anda gunakan sekarang.


9. Sesudah selesai setting virtual machine, sila klik finish.


10. Secara automatik VM yang korang buat tadi akan restart secara sendiri. Proses installation juga turut bermula.


11. Biarkan Installation tamat.


12. Installation akan berjalan sehingga windows xp siap seperti dibawah.


13. Akhir sekali, untuk langkah keselamatan, sila right click pada panel VM, dan pilih take snapshot. Ini adalah untuk restore point.

Selamat mencuba!

Wednesday, November 17, 2010

Virtual Player

Penggunaan Virtual player amat meluas sekarang. Di tempat kerja aku memang menggunakan virtual player untuk tujuan percubaan bagi menguji keberkesanan sesuatu program atau software yang akan digunakan oleh server-server tertentu.

Virtual player ni kebanyakkannya menyokong pelbagai jenis OS yang ada sekarang. Pelbagai fungsi yang menakjubkan seperti network didalam satu komputer yang same boleh diadakan. Sebagai contoh, virtual machine 1 akan menggunakan IP 1 manakala host pc akan menggunakan IP yang sedia ada.

Komputer yang menyokong fungsi Virtual ini sebaiknya dilengkapi prosesor yang menyokong fungsi Virtualisation.

Beberapa contoh virtual player yang boleh digunakan:

Oracle Virtual BOX


VMWare Workstation.


VMware Player


*** Nanti aku akan post demo-demo yang ok.