Monday, April 19, 2010

ubuntu

Ubuntu ni adalah operating system. Macam windows jugak la.Selain ubuntu, ada kubuntu dan edubuntu. Tapi aku biasanya guna ubuntu sebab senang nak tambah software.

Kelebihan ubuntu:
  • tiada blue screen
  • tiada virus akan menyerang
  • free
  • banyak aplikasi free seperti open office.
  • ringan dan laju
  • cantik berkali ganda dari windows 7
  • efek yang lagi power dari macintosh (kena guna compiz plugin)
  • macam-macam lagi la (korang google la sendiri)
Sebab aku guna ubuntu:
  • Aku nak riak bila main opensource software kat wifi restoren...orang lain pakai windows...aku pakai ubuntu.
Nanti aku akan ajar macam mane nak install ubuntu kat laptop atau pc. Okay?

Sila klik gambar ubuntu kat sebelah untuk ke web rasmi ubuntu

Friday, April 16, 2010

Virtual CD Drive

Virtual CD drive ni amat penting bagi orang-orang yang macam aku, yang suka download ISO file seperti games dan operating system.

Virtual Cd drive ni berfungsi sebagai cd-rom maya, iaitu cd-rom yang tidak wujud pada fizikal tapi wujud didalam OS. Kegunaannya adalah untuk membaca atau running ISO file yang telah didownload atau dihasilkan sendiri menerusi software Nero atau lelain software.

Image CD atau DVD ini dipanggil ISO file. Ada jugak yang guna UIF atau NRG. Bergantung la. Aku pun tak tahu la apa beza extension file ni.

Untuk mendapatkan software virtual drive ni boleh dapatkan di MagicISO. Muat turun mengikut OS korang la. Bila dah siap download terus install.


[sebelum install]



[selepas install]

Selepas install mungkin kena restart, takpun tak perlu nak restart. Cuba tengok perbezaan gambar diatas. DVD drive(h:) wujud selepas diinstall software td.



Cuba tengok kat sebelah kanan tepi area jam, akan ade bentuk cd. Kat situ korang boleh adjust setting termasuklah untuk buat lebih dari 1 virtual cd drive. Untuk mount atau memasukkan image cd atau ISO tadi, sila right click, pilih yang paling atas skali iaitu virtual cd/dvd, dan browse lokasi image cd atau ISO tersebut.

Selamat mencuba..

Wednesday, April 14, 2010

utorrent: P2P yang paling laju


P2P adalah singkatan bagi Peer to Peer. Lebih dikenali sebagai download torrent.

Fungsi uTorrent ni hanyalah client untuk download je. Lagi satu untuk baca file torrent yang didownload.

Korang boleh download software ni kat uTorrent untuk mendapatkan software ni. Ianya percuma je.Selepas tu boleh la korang cari file torrent. Biasanya aku cari kat web ISOHUNT. Sebab senang nak cari apa yang aku nak kat situ.

Selalunya aku guna uTorrent ni untuk download movie dan software je. Kekadang aku download games. Biasanya bagi games atau software yang protected, file yang dimuat turun tu dalam bentuk ISO yang akan memerlukan virtual drive untuk membaca file tu. File ISO tu pun boleh diburn ke dalam cd.

[interface software tu]

Cara-cara nak guna:
1. Download software uTorrent. (file kecik je)
2. Install.
3. Bukak web ISOHUNT.
4. Taip nama movie, software atau ape-ape je.
5. Download file torrent yang ingin dimuat turun tu.
6. Tunggu atau biarkan proses muat turun tu siap. Akan ada indicator bar yang menandakan berapa peratus file tu dah berjaya dimuat turun.
7. Siap.

OS winXP : paling berjaya

[Gambar dari google]

Sepanjang pemerhatian aku, kebanyakkan komputer mahupun laptop yang baru sekarang terutamanya yang datang dengan pakej windows akan dilengkapi dengan perisian windows 7 atau vista. Yang datang dengan window xp ni dah kurang, itupun kena tengok pakej yang ada menyediakan downgrade right. Kebanyakkan Laptop Dell dan HP ada pakej yang membolehkan downgrade OS(operating system). Mungkin menerusi converting product key (aku rase la).

Aku pernah pakai XP, Vista dan Window 7. Bagi aku jika inginkan performance yang baik, pilihan yang paling bijak adalah Windows XP. Setakat ni semua software yang terbaru menyokong Win XP, dan tak semua software lama akan menyokong Win Vista dan Win 7.

Baru-baru ni aku try guna laptop Acer Aspire One, yang menggunakan OS win7. Memang berat sangat-sangat. Berbeza dengan Acer Apire One yang menggunakan Win Xp, memang ringan. Siap aku dapat guna photoshop CS3 lagi, dan memang takde "hang". Jadi pada pandangan aku mana-mana netbook yang menggunakan processor Atom Dual Core tak memadai untuk menggunakan Win7.

Pada pandangan ramai, memang win xp adalah window yang paling berjaya jika dibandingkan dengan siri window yang lain. Jadi pada pemilik laptop yang menggunakan spec yang lama, sila kekalkan penggunaan windows xp pada laptop anda kerana ianya lagi senang untuk digunakan berbanding windows-windows yang terbaru. Kecenderungan untuk memilih efek yang cantik, dan canggih membuatkan ramai memilih win 7 atau win vista sebagai OS untuk komputer mereka tanpa memikirkan performance.

Aku?
Aku pakai windows XP professional je. Itupun yang pirate. Aku download kat torrent. Hehehe

Tuesday, April 13, 2010

da first

Salam.

Sebenarnya aku tak terer sangat pasal komputer. Ni pun aku tulis ikut sedap tangan menekan keyboard. Jadi aku mengaku aku syok sendiri, perasan bagus dan bongkak.

Aku tak pasti nak isi apa kat dalam blog ni lagi. Dah tajuk blog pun komputer haku, aku tulis pasal komputer komputer aku. Komputer korang?...korang tulis sendiri.

Tujuan aku tulis pape dalam blog ni adalah untuk aku baca sorang-sorang je. Mungkin aku akan anggap blog ni sebagai Log aku dalam hal-hal komputer. Lagipun aku kerja dalam bidang yang macam ni. Ada perkara yang aku boleh kongsi kat dalam blog ni yang mungkin ada manfaat pada orang yang sudi baca blog ni.

Aku sekarang kerja kat XXXX, dan pernah bekerja sambilan semenjak aku semester ke 3 diploma kat XXXXX. Tapi pengalaman tu tak tinggi jugak.

So, harap takde yang terasa, jatuh cinta, atau pape je la lepas baca entri ni.

Oh ya, satu hal lagi mungkin aku akan cilok idea dari mana-mana blog. Tapi tak semua entri la aku akan copy paste. Hehe