Friday, April 16, 2010

Virtual CD Drive

Virtual CD drive ni amat penting bagi orang-orang yang macam aku, yang suka download ISO file seperti games dan operating system.

Virtual Cd drive ni berfungsi sebagai cd-rom maya, iaitu cd-rom yang tidak wujud pada fizikal tapi wujud didalam OS. Kegunaannya adalah untuk membaca atau running ISO file yang telah didownload atau dihasilkan sendiri menerusi software Nero atau lelain software.

Image CD atau DVD ini dipanggil ISO file. Ada jugak yang guna UIF atau NRG. Bergantung la. Aku pun tak tahu la apa beza extension file ni.

Untuk mendapatkan software virtual drive ni boleh dapatkan di MagicISO. Muat turun mengikut OS korang la. Bila dah siap download terus install.


[sebelum install]



[selepas install]

Selepas install mungkin kena restart, takpun tak perlu nak restart. Cuba tengok perbezaan gambar diatas. DVD drive(h:) wujud selepas diinstall software td.



Cuba tengok kat sebelah kanan tepi area jam, akan ade bentuk cd. Kat situ korang boleh adjust setting termasuklah untuk buat lebih dari 1 virtual cd drive. Untuk mount atau memasukkan image cd atau ISO tadi, sila right click, pilih yang paling atas skali iaitu virtual cd/dvd, dan browse lokasi image cd atau ISO tersebut.

Selamat mencuba..

No comments:

Post a Comment