didalam entri yang aku dah tulis sebelum ni adalah tentang ubuntu. Dah lame aku nak post tapi takde masa yang sesuai. Jadi sekarang ni aku dah ade masa terluang yang singkat.
Untuk memulakan installation:
1. Sila download cd image ubuntu 9.04 <----sila klik untuk download 2. Bila dah siap download pastikan pc anda tu dah ada virtual drive untuk load cd image tu. Langkah-langkah: 1.Buka Virtual drive. Sila right click supaya keluar menu seperti dibawah.
2.Pilih virtual cd-rom, pilih cd rom dah pilih mount. Mount ni bertujuan untuk memasukan image cd ke dalam virtual cd-rom.
3. Lepas mount tu sila browse lokasi cd image itu. Jika korang baru siap download...cari kat dalam folder yang korang setkan sebagai tempat pengumpulan bahan-bahan download seperti my document.
4. Bila dah mount, biasanya akan ada autoplay. Kalo takde autoplay, sila pegi bukak my computer, double click pada virtual cd-rom. Kalo tak jadi jugak korang open lokasi virtual cd-rom, cari item yang namanya wubi. Klik pada install inside windows.
5. Akan keluar page yang macam ni. Setkan installation size tu 10gb dan installation drive mana yang korang nak install. Nak lebih besar pun takpe. Jangan lupa setkan password dan username. Bila dah siap, sila tekan install.
6. So akan start install. Tunggu dan sila relax. Kejap je ni.
7. Bila dah siap, sila reboot.
8.Bila dah siap reboot, akan ada page yang macam ni kuar sebelum komputer tu boot windows xp. Sila pilih ubuntu. Guna arrow pada keyboard yer.
9. Process booting ke linux akan berjalan.
10. Process installation akan berjalan. Biarkan sampai semua process ni siap sampai la komputer akan reboot secara automatik.
11. Selepas reboot, sila pilih kembali ubuntu.
12. Bila dah siap, akan timbul logon page macam ni. Sila isikan username dulu, tekan enter, pastu masukkan password. Tekan enter lagi.
13. Dah siap!
Ni adalah basic linux ubuntu.
Selamat mencuba. Kalau tak faham boleh tanye kat komen.
Aku ngan member aku install dulu tak guna virtual drive .. kami gi hentam burn dalam CD dulu .
ReplyDeletehttp://touyakaruma.com/blog/
fuhyooo...
ReplyDelete